Buat pertama kalinya, Mesyuarat Agung PSKK akan berlangsung secara atas talian. Keputusan ini diambil memandangkan keadaan pandemik COVID19 yang masih belum dapat dikawal, yang menyebabkan pertemuan secara fizikal tidak dapat dilakukan. Mesyuarat Agung PSKK kali ke-19 akan diadakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: Sabtu, 14 Ogos 2021
Masa: 9:30am
Lokasi: Secara atas talian menggunakan aplikasi Webex
Pastikan peranti anda telah dipasang aplikasi Webex sebelum hari mesyuarat agung diadakan, dan menggunakan nama penuh anda. Urusetia mesyuarat hanya akan membenarkan ahli yang berdaftar sahaja memasuki bilik mesyuarat. Nama yang tiada di dalam rekod ahli PSKK tidak dibenarkan masuk. Ahli yang berdaftar dan telah membayar yuran sahaja yang akan diberikan pautan untuk mesyuarat yang akan diadakan.
Nota
1. Nombor ahli yang baru akan digunapakai sepenuhnya selepas Mesyuarat Agung ke-19.
2. Maklumat anda perlu dikemaskini sebelum 12 Ogos 2021 bagi memastikan semua maklumat dan pengumuman berkaitan Mesyuarat Agung ke-19 dan lain-lain maklumat berkenaan PSKK dapat dihantar kepada anda. Maklumat anda diperlukan untuk laporan keahlian kepada ROS. Sila Whatsapp Webmaster PSKK melalui pautan ini untuk mengemaskini maklumat anda.
Sekiranya anda belum menjadi ahli, daftar sekarang di pautan ini. Rujuk video di bawah untuk panduan pendaftaran ahli PSKK.
Â
Sila semak dan kemaskini maklumat anda setelah berjaya login ke Sistem Keahlian PSKK. Rujuk video di bawah untuk panduan mengemaskini maklumat anda.
Ahli Seumur Hidup (Yuran Sekali RM150)
Sekiranya anda telah mendaftar sebagai Ahli Seumur Hidup PSKK tetapi belum dapat login ke dalam sistem keahlian PSKK, sila Whatsapp Webmaster PSKK melalui pautan ini.
Ahli Biasa (Yuran Tahunan RM30)
Untuk ahli biasa, yuran untuk tahun 2021 perlulah dibayar secara atas talian melalui pendaftaran semula di pautan ini. Klik “Add to cart” pada Pendaftaran Ahli Biasa dan “Checkout” untuk membuat pembayaran secara atas talian. Sila masukkan no ahli lama di bahagian Nota Tambahan semasa proses “checkout” sekiranya telah memiliki nombor ahli sebelum ini.
Untuk sebarang persoalan atau bantuan, sila hubungi AJK berkaitan melalui pautan di bawah:
PSKK mengalu-alukan sumbangan bagi menambah dana pembangunan Seni Khat dan Jawi. Klik pautan ini untuk membuat sumbangan secara atas talian, atau boleh membuat pindahan ke akaun di bawah:
No. Akaun: 12047010042909 (Bank Islam)
Nama Akaun: Persatuan Seni Khat Kebangsaan
Semoga mesyuarat yang dirancangkan dapat dijalankan dengan lancar dan beroleh keberkatan dari Allah swt. Jazakumullahukhair.