Mesyuarat Agung PSKK kali ke-19 telah berlangsung dengan jayanya secara atas talian menggunakan applikasi Webex pada 14 Ogos 2021 bermula jam 9:45 pagi hingga 1:40 petang.
Alhamdulillah.
Walaupun terdapat beberapa masalah teknikal, mesyuarat dapat berjalan sehingga selesai semua agenda yang dirancangkan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua ahli PSKK dan tetamu kehormat yang hadir kerana bersabar dan terus bersama dalam mesyuarat ini sehingga selesai.
Berikut adalah laporan awal mesyuarat ini. Klik pautan yang berkenaan untuk maklumat lengkap.
- Jumlah kehadiran adalah seramai 66 orang (waktu masuk dan keluar mesyuarat tidak sama)
Mesyuarat telah berlangsung selama 4 jam 30 minit.
- Yang Dipertua PSKK
– YDP PSKK yang terpilih ialah Dr Abd Rahman Hamzah dengan majoriti 66%
–
– - 14 Orang Jawatankuasa PSKK
–
–
– Lantikan secara pukal 14 orang jawatankuasa (tidak mengikut jawatan satu persatu)
– YDP dan 14 orang AJK yang terpilih ini akan bermesyuarat dan menapis semula kesemua 14 AJK ini sebelum ditempatkan di posisi jawatan yang bersesuaian dengan komitmen, latar belakang dan portfolio masing-masing
– Sekiranya ada keperluan, jawatankuasa yang tidak termasuk dalam 14 orang yang terpilih akan dimasukkan ke dalam jawatankuasa dan ditempatkan di posisi jawatan yang bersesuaian
– Keputusan mesyuarat ini akan dimaklumkan melalui laman web dan grup Whatsapp ahli PSKK sebelum 30 September 2021
– Senarai 14 Jawatankuasa yang terpilih:
1. Abdul Wahab Khalid
2. Norshaharizal Sapia’i
3. Prof Madya Dr Nor Azlin Hamidon
4. Muhammad Asrak Mohd Osman
5. Mohd Fadil Sulaiman
6. Nik Abd Rahman Zaki Nik Abdul Kadir
7. Syaifuddin Hamzah
8. Siti Hawa Zainal Abidin
9. Mohd Fathy Rosely
10. Mohd Nur Hazwan Yusoff
11. Mohd Zulfikri Mohd Sobri
12. Muhd Faizul Azmir Ramli
13. Muhamad Shafie Abdullah
14. Ahmad Rajaei Awang
Sekali lagi diucapkan terima kasih kepada semua hadirin. Semoga usaha kita ini Allah Ta’ala terima sebagai ibadah.
Disediakan oleh Syaifuddin Hamzah