Raya raya raya…
Selamat Hari Raya…
PSKK berbesar hati mempersilakan semua penggiat, penulis & peminat seni khat seantero Malaysia ke Majlis Tautan Ukhuwah Syawal yang akan diadakan pada hari Sabtu, 20 Mei 2023, bermula jam 2:00pm hingga 6:00pm bertempat di Teratak Nek Piah, Tanjung Karang, Selangor.
Pelbagai acara menarik akan dijalankan pada majlis ini terutamanya jamuan dan pelbagai juadah hari raya yang pastinya membuat tuan puan “kemecer” kata orang jawa. Selain itu, lebih 40 cabutan bertuah juga disediakan. Hadiah²nya seperti karya² khat, peralatan khat dan sebagainya. Pameran & jualan juga akan diadakan sepanjang majlis berjalan.
Jemputlah datang bersama keluarga, ajak pasangan & anak² kita sama² mengenali, menghargai & meminati seni khat. Hadirin digalakkan memakai busana tradisional melayu dan bertanjak bagi memeriahkan lagi majlis ini. Ada hadiah istimewa untuk mereka yang paling cantik & gempak pakaiannya.
Berikut adalah maklumat ringkas majlis ini:
Masa: Sabtu, 20/5/2023, 2pm-6pm
Tempat: Teratak Nek Piah, Tg. Karang
Sumbangan: Sumbangan tajaan, hadiah, jamuan dll dialu2kan.
Pendaftaran:
Isi borang di bawah & akan disahkan oleh SUA +60 19-393 6269 / BENDAHARI +60 12-298 7274 sebelum 16/5/2023.
https://forms.gle/8UARBotNdQ2jud3X8
Jumpa di sana!