Jom sahabat2 peminat seni khat Malaysia…

Pertandingan Khat yang ditunggu-tunggu sudah tiba setelah beberapa kali tertangguh kerana Covid19 & PKP.

MANIFESTASI PERDANA SENI KHAT 2023

🗓️: 11 November 2023, Sabtu jam 8.30 pagi
📍: Muzium Kesenian Islam Malaysia, Kuala Lumpur
Yuran Penyertaan : RM 10.00 sahaja
📞: 03-2092 7033

📩 : education@iamm.org.my
✳️ : Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.

Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) akan menganjurkan Manifestasi Perdana Seni Khat atau Pertandingan Seni Khat Kebangsaan edisi ke-7 yang akan diadakan pada 11 November 2023. Pertandingan yang merupakan kerjasama dengan Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) ini merupakan platform untuk penulis khat dan pengkarya yang berhasrat untuk mengetengahkan kemahiran dan bakat di peringkat kebangsaan.

Tarikh akhir untuk menghantar borang penyertaan adalah pada 20 Oktober 2023.

Penyertaan adalah terhad! Daftar sekarang untuk dapatkan tempat anda.

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping