17 Mei 2025

Kepada :
Semua Ahli Berdaftar
Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK)

NOTIS MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG KALI KE-20 TAHUN 2025

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung (AGM) Persatuan Seni Khat Kebangsaan (PSKK) akan diadakan sebagaimana maklumat di bawah. Mesyuarat ini adalah untuk membentangkan laporan tahunan, memilih Ahli Jawatankuasa baru bagi sesi 2025/2027 serta membincangkan hala tuju industri seni khat dan budaya Islam di negara kita.

3. Maklumat AGM kali ke-20 bagi tahun 2025 adalah seperti berikut:

Tarikh: 1 Jun 2025
Masa: 9:00 pagi
Tempat: Riyadh Restu, Kuang, Selangor.

4. Untuk mengemukakan sebarang usul dan penambahbaikan berkenaan persatuan dan apa sahaja yang berkaitan dunia seni khat tanah air, sila isikan borang cadangan di pautan di bawah selewat-lewatnya pada hari Khamis, 25 Mei 2025 jam 11:00 malam.

https://tinyurl.com/usulAGMPSKK

Semoga program berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan Tuan Puan.

Sekian untuk makluman dan tindakan pihak Tuan Puan, terima kasih.

“MAJULAH SENI KHAT UNTUK NEGARA”

Yang menjalankan amanah,

ABDUL WAHAB BIN KHALID
Setiausaha Agung PSKK

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping